Skip to main content

MENCARI CINTA AGUNG

MENCARI CINTA AGUNG

Jangan engkau hidup untuk memuaskan jiwa manusia.

Engkau tidak akan dapat sempurnakannya malah engkau
akan kecewa dihujungnya.

Hiduplah untuk kebahagiaan diri dengan membangunkan
sebuah CINTA AGUNG

Cinta itu hanya ada pada Allah dan Rasul....

Syaikh Abdul Qadir Jailani mencari cinta selama 20 tahun
di dalam hutan yang sepi.

Syaikh Ibrahim Adham mencari cinta dengan meninggalkan
istananya.

Syaikh Bahauddin Naqsyabandi mencari cinta dalam kesejukan
salji yang menggigil.

Syaikh Ibnu Mubarak mencari cinta dengan darah di medan perang.

Syaikh Hassan asy-Syazili mencari cinta dalam mujahadah syukur.

Rabi’ah ‘Adawiyah mencari cinta dengan berlapar dan berjaga
waktu malam.

Imam Al-Ghazali mencari cinta dengan berkhadam membasuh
kandang kuda, berkelana, menyepi jauh di sudut masjid dan
menulis kitab.

Syaikh Junaid Al-Baghdadi mencari cinta dengan sedekah,
makan bersama dengan kucing dan bertafakur sepanjang malam.

Syaikh Ahmad Al-Qusyasyi mencari cinta dengan menggerakkan
dakwah di Nusantara.

Syaikh Muhammad Al-Baghdadi mencari cinta dengan
mengembara membawa risalah Islam di bumi yang ada
penyembah berhala.

Para pengembara cinta ini melalui pelbagai jalan. Merekalah
pengembara cinta yang benar, mereka hidup untuk cinta dalam
diri mereka, bukan mencari cinta sesiapa.

Lalu....bagaimana kita mencari CINTA?

Comments