Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Sakit

SAKIT... Nak melepaskan apa yang dah lama kita genggam. Tapi lagi sakit bila terus menggenggam sesuatu yang tidak pasti. Lepaskanlah...REDHA.. Jika Allah takdirkan sesuatu untuk kita, In shaa Allah ia akan datang juga.. jika tidak bermakna ia bukan untuk kita.
Asbab wanita adalah makhluk emosi, suka kiranya saya untuk berkongsi kalam ini. Kalam yang disebutkan ustazah sewaktu daurah sesi ketiga pagi tadi. Kata ustazah, "Jangan suka berdebat atau bertengkar dengan orang. Kalau orang menyakiti kamu, kalau orang salah faham dengan kamu, biarkan saja. Belajar mengikhlaskan, belajarlah melepaskan. Jangan pernah membalasnya. Kerana apa? Kerana ketika kamu membalas setiap ucapannya, kamu telah mengikat diri-diri kamu dengannya. Takut kelak ketika Allah ingin memasukkan kamu ke dalam syurgaNya tanpa hisab secara tiba-tiba ada orang-orang yang menuntut haknya ke atas kamu. Bukankah itu sebuah kerugian yang abadi? Jangan khuatir. Kerana ada pahala buat mereka yang menyenangkan dan membahagiakan orang lain. Bahkah ada pahala buat mereka yang mengalah dan menyerah. Hinaan manusia, kalau kita redha (mengikhlaskan), ianya menjadi ladang pahala. Nabi telah pun berdoa untuk umatnya, agar setiap perkara yang kita terasa rugi ak...

WASIAT DIRI

WASIAT DIRI 📜 Wahai diri yang berdosa Sebelum terlena meninggalkan alam Taubat dan hitunglah dosa semalam Agar terlepas segala soalan Bila menghadap penguasa alam Wahai diri yang sentiasa alpa, Ingatlah bahawa suatu masa nanti kau akan pulang Pada yang menjadikan engkau daripada tiada kepada ada. Suatu hari nanti kau akan kembali pada tuhan yang melakukan gerak dan diam pada dirimu. Suatu saat nanti seluruh jasadmu akan mengambil lapang di tanah! Tempat yang tidak pernah kau huni selama hidup engkau di dunia. Wahai diri yang sentiasa lupa, Maka janganlah engkau merasa senang dengan kekal di dalam maksiat. Tinggallah akan maksiat dan himpunkanlah amal baik buat bawa bekalan di akhirat. Apakah engkau menyangka-nyangka bahawa syarat mati itu adalah tua dan sakit? Betapa ramai daripada mereka yang lebih muda daripada usiamu telah mendahului kamu! Betapa ramai daripada mereka yang sihat tubuh badan telah pergi dahulu! Janganlah engkau tertipu dengan dunia yang ...

JANGAN IKUT BUDAYA MELAYU

Perkongsian ilmiah... TUGAS SEORANG SUAMI DAN TUGAS SEORANG ISTERI JANGAN ikut BUDAYA Melayu tapi IKUT apa yang Nabi AJAR. Cerita penceramah dan pakar kaunseling rumahtangga TUAN HAJI HUSSIM, sahabat baik kepada Dato` Hj Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya. Katanya; “Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecil, sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua…tu kerja saya…Isteri saya kata, “abg, malam-malam abg ambik alih buat kerja tu semua ok”…kita sama-sama kerja. “Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas… Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumahtangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku..” Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya; Suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk...

HATI YANG KOSONG

HATI YANG KOSONG Pada malam yang hening, terasa hati ini seakan kosong dan seperti ada yang kurang. Gelisah tidak tentu arah Bukanlah kerana tiada pasangan di sisi akan tetapi kerana telah jauh daripadaNya. Bukan Dia yang menjauh darimu tapi kamu sendiri yang menjauhi diri dariNya . Hati itu sudah dipenuhi dengan cinta dunia dan makhluk yang lain, maka tertutup rapi tiada lagi ruang untuk cahaya cintaNya memasuki hatimu. Bukalah pintu hatimu untuk Dia, kosongkan hati itu hingga tiada lagi Sisa-sisa kotoran yang berbaki. Taklukilah cintaNya maka hati itu akan tenang dan sesungguhnya berbahagialah kamu bersama cintaNya. Berkata sang guru.: "Permulaan mendapatkan cinta Allah adalah bertaubat kepada Allah. Kemudian berdamping dengan orang soleh dan teman yang baik." KITA BUTA , LUPA DAN SELALU LALAI Banyak manusia yang buta dengan kebesaran kekuasaan dan cinta Allah kepadanya. Seringkali manusia lalai dan tidak mahu menjalankan perintah Allah. Cinta Allah...

MENCARI CINTA AGUNG

MENCARI CINTA AGUNG Jangan engkau hidup untuk memuaskan jiwa manusia. Engkau tidak akan dapat sempurnakannya malah engkau akan kecewa dihujungnya. Hiduplah untuk kebahagiaan diri dengan membangunkan sebuah CINTA AGUNG Cinta itu hanya ada pada Allah dan Rasul.... Syaikh Abdul Qadir Jailani mencari cinta selama 20 tahun di dalam hutan yang sepi. Syaikh Ibrahim Adham mencari cinta dengan meninggalkan istananya. Syaikh Bahauddin Naqsyabandi mencari cinta dalam kesejukan salji yang menggigil. Syaikh Ibnu Mubarak mencari cinta dengan darah di medan perang. Syaikh Hassan asy-Syazili mencari cinta dalam mujahadah syukur. Rabi’ah ‘Adawiyah mencari cinta dengan berlapar dan berjaga waktu malam. Imam Al-Ghazali mencari cinta dengan berkhadam membasuh kandang kuda, berkelana, menyepi jauh di sudut masjid dan menulis kitab. Syaikh Junaid Al-Baghdadi mencari cinta dengan sedekah, makan bersama dengan kucing dan bertafakur sepanjang malam. Syaikh Ahmad Al-Qusyasyi m...

YANG PALING AKU TAKUTI

Bukan ini yang aku takuti.. Demi Allah tidak sama sekali! Kau tahu apa yang paling aku takuti? Ketika pulang ke 'Rahmatullah' kata mereka.. Tetapi dalam keadaan tidak mengenal Allah! Ya Allah.. Berilah petunjuk kepada kami.. Redhailah jalan yang kami ikuti ini.. Amiin²

SEANDAINYA ENGKAU TAHU..

Seandainya engkau tahu... Dalam diam aku menyayangimu... Seandainya engkau tahu Saban hari aku menantimu.... Cuma tidak mampu untuk ku luahkan rasa itu Kerana ku tahu , siapalah aku di hatimu Di kejauhan ini ,berdoa agar kebahagiaan menyinari hidupmu Aku di sini ....biarlah berlalu begitu saja Menyusuri hidup sepi tanpa cintamu Memandangmu tanpa kau tahu Merinduimu sesuka hatiku Mungkin suatu saat nanti Sayang ini akan terlerai jua dari hati Mungkin suatu ketika Rindu ini akan lenyap dari jiwa ini