Skip to main content

HATI YANG KOSONG

HATI YANG KOSONG

Pada malam yang hening, terasa hati ini seakan kosong dan seperti ada yang kurang. Gelisah tidak tentu arah

Bukanlah kerana tiada pasangan di sisi akan tetapi kerana telah jauh daripadaNya.

Bukan Dia yang menjauh darimu tapi kamu sendiri yang menjauhi diri dariNya
.
Hati itu sudah dipenuhi dengan cinta dunia dan makhluk yang lain, maka tertutup rapi tiada lagi ruang untuk cahaya cintaNya memasuki hatimu.

Bukalah pintu hatimu untuk Dia,
kosongkan hati itu hingga tiada lagi
Sisa-sisa kotoran yang berbaki.

Taklukilah cintaNya maka hati itu akan
tenang dan sesungguhnya berbahagialah kamu bersama cintaNya.

Berkata sang guru.:

"Permulaan mendapatkan cinta Allah adalah bertaubat kepada Allah. Kemudian berdamping dengan orang soleh dan teman yang baik."

KITA BUTA , LUPA DAN SELALU LALAI

Banyak manusia yang buta dengan kebesaran kekuasaan dan cinta Allah kepadanya. Seringkali manusia lalai dan tidak mahu menjalankan perintah Allah.

Cinta Allah adalah cinta yang tidak terbatas, cinta yang sebenar-benar cinta tetapi manusia selalu mengutamakan cinta yang ditunjukkan oleh hawa nafsunya.

Cinta dunia yang sifatnya sementara sedangkan cinta Allah yang abadi dan tiada tara, ia abaikan dan dianggap seperti tidak ada.

Setiap mukmim apabila ditanya apakah ia mencintai Allah, mereka akan menjawab

"Ya aku cinta kepada Dia".

Tetapi cinta kepada Allah itu sering hanya sampai pada tahap cinta kata-kata dan angan-angan saja, ia tidak melakukan pembuktian atas kata-kata cinta tersebut,
tidak menjalankan perintah Allah melainkan selalu melakukan larangan Allah

Hal seperti inilah yang membuat manusia selalu berada dalam kesesatan kerana apabila Allah menguji ,mereka berkata bahawa Allah tidak mencintai mereka. Padahal ujian tersebut hanyalah peringatan kepada mereka agar kembali pada Allah. Merekalah yang tidak mencintai Allah dan merekalah yang selalu lupa kepada Allah...

Wallahu "alam.

Comments