Skip to main content
Asbab wanita adalah makhluk emosi, suka kiranya saya untuk berkongsi kalam ini. Kalam yang disebutkan ustazah sewaktu daurah sesi ketiga pagi tadi.

Kata ustazah,

"Jangan suka berdebat atau bertengkar dengan orang.

Kalau orang menyakiti kamu, kalau orang salah faham dengan kamu, biarkan saja. Belajar mengikhlaskan, belajarlah melepaskan.

Jangan pernah membalasnya.

Kerana apa?

Kerana ketika kamu membalas setiap ucapannya, kamu telah mengikat diri-diri kamu dengannya.

Takut kelak ketika Allah ingin memasukkan kamu ke dalam syurgaNya tanpa hisab secara tiba-tiba ada orang-orang yang menuntut haknya ke atas kamu.

Bukankah itu sebuah kerugian yang abadi?

Jangan khuatir.

Kerana ada pahala buat mereka yang menyenangkan dan membahagiakan orang lain.

Bahkah ada pahala buat mereka yang mengalah dan menyerah.

Hinaan manusia, kalau kita redha (mengikhlaskan), ianya menjadi ladang pahala.

Nabi telah pun berdoa untuk umatnya, agar setiap perkara yang kita terasa rugi akan segala sesuatu, ia menjadi sedekah di sisi Allah.

Meskipun sekadar buah yang rosak di pohonnya (tanaman kita).

Kalau kamu tetap menuntutnya (ingin menang), nescaya ia mengurangkan pahala yang telah Allah hadiahkan kepadamu.

Belajar redha, hatimu akan tenang."

Moga-moga ☺

Comments